Susah VS Senang

Hai & salamz semua! Harap2 korang semua sihatla selalu hendaknya.
Alhamdulillah aku pun sihat jugak, walaupun baru je lepas kemalangan ‘kecik’ 2 hari lepas.
Nasib baik aku tak cedera, tapi scootz kesayangan aku yg ‘cedera’ agak teruk. huh…
Nak buat mcmn, mengeluh pun xguna. Anggaplah ni satu ujian dr. Allah s.w.t.
Semoga digantikan dgn ganjaran yg lain suatu hari nanti. ^_^
Oklah, enough of that. Tajuk post kali ni adalah susah vs senang.
Mengapa aku memilih tajuk ini? Kerana ia senang diingati; susah
dilupakan. Kerana semua orang yang waras pernah mengalami susah dan senang. Yang
tak waras tak tahulah – sepanjang masa senang saja – tersengih dan ketawa memanjang.
Susah dan senang. Ada susah dan ada senang. Perkara biasa. Ada pula yang susah
memanjang, tak pernah senang. Tapi belum ada manusia yang senang memanjang tanpa
mengalami susah. Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang-orang tua,
“Asam garam hidup.” Perlukah hidup ada asam garam? Memang perlu dalam proses
hendak menjadi pandai dan bijak menangani hidup. Bayangkan masakan yang perlukan
asam tetapi tidak ada asam – tak sedap. Bayangkan kalau dalam masakan tidak ada
garam – tak ada rasa.
Post ini adalah gabungan ‘asam garam’ dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam
hidup kita sehari-hari kita biasa mengharungi perkara-perkara yang menyusahkan kita
atau yang akhirnya membawa kesusahan kepada kita. Mungkin sekali, dua kali kita
melakukan kesilapan, kita menjadi tahu dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan
pada kali ketiga. Kata orang, “Sekali silap, tahu; dua kali silap, belajar; tiga kali silap,
bahalul. Kalau empat kali silap? Dua kali bahalul.
Baik dalam perniagaan, pergaulan, persekolahan, kehidupan sehari-hari, kita akan
sentiasa bertemu susah dan senang. Kita cuba sedaya-upaya menghindari susah supaya
memperolehi senang.
Seperti yang dikatakan tadi, tidak ada manusia yang waras akan memperolehi
senang sepanjang masa, walaupun itu harapan semua orang. Apa yang boleh kita lakukan
ialah berusaha. Berusaha untuk senang dalam kehidupan kita sehari-hari, sambil bersedia
secara terbuka bahawa susah pasti akan ‘singgah’. Dan jangan lupa, kita berusaha
supaya tidak melakukan lagi, tidak ‘melanggar’ apa yang pernah menyusahkan kita.
Dan ingatlah juga, manusia yang bijak sentiasa mengingati formula mudah ini…
…dimodifikasi & dipetik dari buku SUSAH & SENANG oleh RAZZI ARMANSUR- arigato & peace!
Windows Command Prompt Secret Revealed: Akan Datang

Hi dan salam semua.
Ni ada update skikit pasal ada ebook terbaru yg akan datang.
Tapi korang jgn plak fikir ebook nih mesti ada kaitan dgn buat duit dgn internet.
Ia tak ada kaitan langsung. Kadang2 korang jgn obses sangat asyik nak baca buku
pasal buat duit je. Sket2 buat duit, sket2 buat duit. Sabar2… ^_^
Buku2 informasi pun kena baca jugak! orait! Tapi kalau korang dah mmg
tak boleh nak dipisahkan dari aktiviti buat duit, tak ada masalah. Nanti korang dipersilakan
untuk jadi afiiliate produk ni nanti. Tunggu…!
Oklah, Ianya pasal komputer dan tajuk dalam bahasa melayunya adalah:
“Rahsia Windows Command Prompt Dibongkar”
Sebenarnya, tajuk dia ni gabungan dari bahasa inggeris gak, sebab
tak ada perkataan yg sesuai kalau dalam bahasa melayu penuh.
Ok straight to the point, yg penting ebook ni adalah untuk semua:
dari beginner ke advance computer users. Untuk korang yg rasa sebelum ni
Windows Command Prompt tak ada banyak gunanya, lepas baca ebook ni pasti korang
baru tahu bahawa Windows Command Prompt ni banyak gunanya. Korang boleh bagi sapa2
je baca ebook nih. Ibu bapa korang, adik, abang, kakak, sedara, nenek, datuk, dan sape2 jelah.
Lagi ramai lagi bagus sebab nanti makin ramailah orang Malaysia yg terer komputer nih.
Sebenarnya Windows Command Prompt ni adalah satu tool kecil yg ‘berbahaya’
jika ianya diberi kepada seorang hacker. Seorang hacker akan dapat berbuat
apa sahaja untuk mengawal sistem Windows jika diberi akses ke Windows Command Prompt
ini.
Oklah, cukup cerita pasal tu. Yang penting nanti korang kena support kita pasal
ni adalah ebook yang pertama oleh orang Malaysia dan ianya dalam bahasa melayu.
Tapi akan di alihbahasa juga dalam bahasa inggeris. Jadi, sapa2 yg suka bahasa inggeris bolehla dapatkan versi bahasa inggeris nanti.
ok! jumpa lg & PEACE!!!
Update ZYZYX Graphics Design Service Website

Salam & hello! Sekarang baru lepas update -ZYZYX Graphics Design Service Website-. Sebab sblm nih nmpk kosong je. Jd tambah sket links kat tepi. Korang leh lihat ada kategori baru ‘Free Webtools’ dan ‘Comrades Links’ kt ZYZYX. Selain tu update header section sket ejas ayat nih:
Are you looking for design help?
What’s the point of spending money on your ads and promotional materials if they don’t get people’s attention?
•Good quality design is a vital factor in any promotional piece.
•Professional design often “looks simple” and only professional knows exactly how to create a “simple” designs.
•Great customer service and communication are the keystones of our business philosophy.
•We can help you. We have experience in art, marketing and promotion ideas- have been doing this since 2007.
•So, feel free to CONTACT US for a no-charge consultation.
Amacam? best sket kan? Sebelum nih panjang berjela. So, lepas nih sapa2 yg ada nk cari grafik designer tu, bolehla contact kami ok. Charge yg berpatutan, di jamin. ^^ Kami tak akan cas yg mahal2 macam yg biasa cas international clients tu. Mungkin 20%-25% less sebab kita sama2 orang Malaysia kan? :-)
Anyway, business tetap business betul tak? Kadang2 bukan apa, orang2 kita (client dr Malaysia) nih leceh sket, budget tak nak lebih sikit. Tapi demand bukan main, kejap nak revision sini, nak ubah situ. Kadang2 naik hampeh pulak kami dibuatnya. >< Dari beberapa aspek, rasa cam lebih baik clients dari outside of Malaysia cam omputih ye dak…
Tapi nak buat macam mana dah customer, kenala layan baik sket. Tapi patut diorang pun kenala faham jugak. Ingat kerja grafik design nih mudah ke? Lebih2 lg freelance designer. Payment xtetap. Nak cari idea dah satu hal. Kalau yg ada deadline lagi, habis! Memang 24 jam la mengadap komputer nampaknya. Harap2 lepas nih banyakla pihak yg akan faham situasi sebenar freelance designer nih…oklah, dah banyak membebel ni. Jumpa lagi next time. PEACE!!! ^^




