Oct 19 2008

So Much to Do, So Little Time

Moshi-moshi! Salam & apa kbr smua!
Dah lama rasanya aku tak tulis post kat sini ye. Bukan malas tapi xde mood pasal banyak kerja betul yg perlu dibuat semenjak dua menjak nih. Dengan tesis semester akhir lagi, nak siapkan website sekolah lagi, nak siapkan design brochure client lg haaaaaaa! tension btul! Harap2, bulan depan nih rilek sket. InsyaAllah

Blog Firdahus
*mesti korang dah boleh agak kan sapa yg design logo blog ni? ^_^

Untuk post kali nih saja nak share dgn korang yg ada sorang mamat nih kawan aku yg cuba2 utk berjinak dgn dunia internet & baru je ada blog .com sendiri dan dia nih kiranya terer juga dlm bab2 komputer nih. Sapa2 yg rasa nak mendapatkan tips2 pasal komputer juga bolehla rajin2 lawat blog mamat yg hensem nih. Kalau nak berkenalan pun bleh jugak, no problem. Nama mamat nih Firdahus. Mamat nih suka sangat dgn Macromedia Flash atau pun Flash application. Dah ada beberapa software yg dia buat menggunakan Flash application nih.

Oleh sebab dia masih baru kat dunia internet nih (sama cam haku je >_-), so dia ada bagi satu software percuma untuk korang smua download FREE je. Tak perlu bayar satu sen pun even software mcm tu dah ada orang jual berpuluh RM atau Dollar. Okla, nama software FREE yg pertama kali di release kan ke public adalah “HTML encryptor“. Kalau korang nk tahu details lagi pasal aplikasi nih, korang leh masuk BLOG dia sekarang ok! (kena baca post ni abis dulu, baru bleh masuk) Kat blog mamat nih jugak ada sediakan “Online Banner Generator” iaitu versi online generator untuk korang buat banner. So skrg xyah susah2 lagi klau korang nk buat simple banner untuk promosi produk ke atau apa2 je orait!

Soooo, smpai sini dulu la post kali ni ok. Lepas nih aku dah nak pegi sambung keje lain lak.
Till then, jumpa lg! Kalau ada pandangan atau apa2 komen yg membina atau meruntuh, jgn lupa postkan aje guna comment form ok! Salam & peace!

Oct 9 2008

ZYZYX Design Studio Telah Berdaftar

Salam hari raya semua! Harap2 korang smua masih ada mood raya lagi ok, walau mood raya haku pun da xde sbb telampau bnyak keje haha!

Ok, sempena hari baik bulan baik ni xde apa2 sgt aku nk share, cuma nk informkan
korang smua yg ZYZYX Design dah pun berdaftar
dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebagai satu company yg sah (walaupun kecik je ^_^). Dua hari lepas, 7/10/2008 ZYZYX design sudahpun berdaftar dgn nama ZYZYX Design Studio yg sah. Rasa cam best je haha…

ZYZYX Design Studio Telah Berdaftar

BTW, sebenarnya kali ni aku terpaksa rush utk register nama kompeni ni pasal dapat satu
projek utk wat website sekolah kat Kajang. Diorang (pihak skool) nak jugak invoice yg dari pihak yg betul2 established & berdaftar/rasmi. So, tepaksa la aku buat apa yg patut.
Tapi harapnya lepas ni makin banyak la projek yg akan dapat…insyaAllah.

Kalau tak, rugi la RM jawabnye kan? haha…

Ok geng, alang2 post ni sudah dibuat, aku pun nak kempenkan jugak satu produk internet (e-product) dgn korang (from Team SmartBrain). Nama product nih ialah “Rahsia Menjadi Pro-Affiliate”. Memang rahsia beb! Dah namanya pun rahsia. Produk nih masih terlalu HOT & PANAS lagi di pasaran internet Malaysia ni.

Pakej e-product nih dgn kata lainnya adalah satu pakej knowledge e-book yg mmg cukup berguna utk korang smua yg berimpikan nak dapat & cari duit melalui internet dan melalui jualan produk affiliate. Macam2 cara & teknik ada diterangkan dlm pakej ni. Memang complete le katakan!
Harganya pula mmg murah betul kalau nk dibandingkan dgn info2 yg Super kat dalamnya. :D

So, nasihatku adalah baik korang smua yg berminat/mahu mencuba tu dapatkan segera Super produk ni sekarang sebelum harganya dinaikkan lagi beberapa kali. hehe..betul nih… Kami bercadang ingin menaikkan lg harga produk ni kerana stok permulaan telahpun mendapat sambutan yg menggalakkan dari IM dan bakal2 IM (internet Marketer). So, jgn rugi di kemudian hari ok! Download Sekarang!

Jumpa lagi!
Salam & peace!
____________________________________________________________________________
POST EDITED@ 8.50 p.m (gmt +8)

Nampaknya tepaksa aku menjawab tag yg telah dicopkan ke atas aku…
oleh en. Sammdaddy…lor..dia lagi haha

Tag kali ni pasal RAYA lak, oklah jom stat:

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?
-> none.. not in the mood.(haha sama la kita)
Dah lama xpikir nk pakai baju raya baru haha. Klau skuter baru ada la :D

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?
hmm…xde specific makanan kegemaran nih…
tapi best gak ketupat ‘3 segi’ yg mak aku wat :D

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku
nama dia agak misteri sbb aku pun suka bnda2 yg misteri ni haha….”Black Forest” nama dia…

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?
hmm..duit raya ni makna dia duit yg org bagi masa bulan raya kan? bukan duit keje ye?
klau gitu, hari raya tu dpt rm80 je haha…da abis :D

5. Aktiviti Malam Raya Aku?
xmenarik langsung, tido je lam bilik, pasal demam masa hari raya tu :D haha.

Okla, mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada jeng..jeng… SIAPA JE YANG BACA & PAHAM POST NI hehehe! senang cite! :D klau orang putih tu xleh la pasal dia xpaham post ni haha!

Oct 9 2008

Guitar Tab: Robinson Dari Spitz

Spitz Salam! Kali nih betul xde apa yg pntg, tiada info2 yg best.
Just nk share/post satu guitar tab lagu jepun je :D Oleh kerana kesusahan untuk mendapatkan guitar tab bg lagu yg berbahasa Jepun, aku pun try le utk share kat sini.
Sebelum ni, haku dah share satu guitar tab untuk Suteki Da Ne: Final Fantasy Theme.
Untuk info: ramai gak visitor dari search engine esp. from the big G (encik Google) yg masuk blog nih thru keyword ‘guitar tab’. So, haku pun nk apa lg, amikla kesempatan utk SEO kan
keyword tu dgn blog ni disampg menarik visitor from SE (search engine) :D

Okla, enough of that. Here it is! enjoy playing!

Guitar Tab from Spitz(スピッツ): Robinson
Robinson- Spitz
*pada yg xpaham apa dia tulis, jgn risau.
klau korang mmg biasa dgr lagu nih mesti leh agak apa yg
dia tulis orait! korang mesti leh ikut dia pnya rythm, for sure!

*pada yg xpaham langsung apa tulisan tu, atau pun mmg xpenah dgr pun lagu nih
seumur idup korang, leh la enjoy lagu ni sini ok!

salam & peace!

Page 2 of 13«12345»...Last »

Come Get Some!

$100 Million Dollar Challenge

Technology News

Sponsors

    • Rahsia CMD.exe!
    • Jom Exchange Link!
    • Make Money Without Mailing List

Recent Readers

JOIN MY COMMUNITY!

Say Something:

BlogUPP