Rezeki Aku Kat Forum Digital Point

Salam & hello semua!
Dah lama rasanya aku xjoin design contest kat forum Digital Point.
Tapi semalam aku try je join balik sambil browse section contest tu.
Nasib aku memang baik gak, entry pertama aku terus je contest holder tu pilih.
Haha…sbnrnya saja je aku try test power. Tak sangka baru 1st entry dah menang.
Dapatla jugak $USD30 untuk design yg agak mudah bagi aku tu.
Nak siapkan design tu pun bukannya susah sangat, dalam 30 minit dah siap.
Tapi klau orang yg tak biasa dgn photoshop mahu ambik masa berjam2.
Apapun motifnya kat sini, ‘belum cuba belum tahu!’.
Dalam apa2 perkara pun, mesti berani cuba dahulu dan jangan mudah give up!
Orang Jepun selalu cakap: “Akiramenaide yo!”: maksud dia, ‘Jangan mudah berputus asa, ok!’
Ataupun “ganbatte kudasai!!!”: maknanya “teruskan berusaha!!!’. Amacam? kan dapat belajar bahasa jepun sambil baca post nih. Orait!
Bagi yg nak tgk design aku yg menang contest semalam tu, boleh tgk kt portfolio sini: DVD e-covers designs.
Kalau tak mau masuk situ, tgk sini je:

Oklah, geng! Kalau korang ada nak tempah design apa2, bolehlah contact aku ok!
Jangan lupa contact melalui http://zyzyx.info
Oklah, semoga jumpa lg.
Salam & peace! ^_^
Susah VS Senang

Hai & salamz semua! Harap2 korang semua sihatla selalu hendaknya.
Alhamdulillah aku pun sihat jugak, walaupun baru je lepas kemalangan ‘kecik’ 2 hari lepas.
Nasib baik aku tak cedera, tapi scootz kesayangan aku yg ‘cedera’ agak teruk. huh…
Nak buat mcmn, mengeluh pun xguna. Anggaplah ni satu ujian dr. Allah s.w.t.
Semoga digantikan dgn ganjaran yg lain suatu hari nanti. ^_^
Oklah, enough of that. Tajuk post kali ni adalah susah vs senang.
Mengapa aku memilih tajuk ini? Kerana ia senang diingati; susah
dilupakan. Kerana semua orang yang waras pernah mengalami susah dan senang. Yang
tak waras tak tahulah – sepanjang masa senang saja – tersengih dan ketawa memanjang.
Susah dan senang. Ada susah dan ada senang. Perkara biasa. Ada pula yang susah
memanjang, tak pernah senang. Tapi belum ada manusia yang senang memanjang tanpa
mengalami susah. Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang-orang tua,
“Asam garam hidup.” Perlukah hidup ada asam garam? Memang perlu dalam proses
hendak menjadi pandai dan bijak menangani hidup. Bayangkan masakan yang perlukan
asam tetapi tidak ada asam – tak sedap. Bayangkan kalau dalam masakan tidak ada
garam – tak ada rasa.
Post ini adalah gabungan ‘asam garam’ dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam
hidup kita sehari-hari kita biasa mengharungi perkara-perkara yang menyusahkan kita
atau yang akhirnya membawa kesusahan kepada kita. Mungkin sekali, dua kali kita
melakukan kesilapan, kita menjadi tahu dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan
pada kali ketiga. Kata orang, “Sekali silap, tahu; dua kali silap, belajar; tiga kali silap,
bahalul. Kalau empat kali silap? Dua kali bahalul.
Baik dalam perniagaan, pergaulan, persekolahan, kehidupan sehari-hari, kita akan
sentiasa bertemu susah dan senang. Kita cuba sedaya-upaya menghindari susah supaya
memperolehi senang.
Seperti yang dikatakan tadi, tidak ada manusia yang waras akan memperolehi
senang sepanjang masa, walaupun itu harapan semua orang. Apa yang boleh kita lakukan
ialah berusaha. Berusaha untuk senang dalam kehidupan kita sehari-hari, sambil bersedia
secara terbuka bahawa susah pasti akan ‘singgah’. Dan jangan lupa, kita berusaha
supaya tidak melakukan lagi, tidak ‘melanggar’ apa yang pernah menyusahkan kita.
Dan ingatlah juga, manusia yang bijak sentiasa mengingati formula mudah ini…
…dimodifikasi & dipetik dari buku SUSAH & SENANG oleh RAZZI ARMANSUR- arigato & peace!
Windows Command Prompt Secret Revealed: Akan Datang

Hi dan salam semua.
Ni ada update skikit pasal ada ebook terbaru yg akan datang.
Tapi korang jgn plak fikir ebook nih mesti ada kaitan dgn buat duit dgn internet.
Ia tak ada kaitan langsung. Kadang2 korang jgn obses sangat asyik nak baca buku
pasal buat duit je. Sket2 buat duit, sket2 buat duit. Sabar2… ^_^
Buku2 informasi pun kena baca jugak! orait! Tapi kalau korang dah mmg
tak boleh nak dipisahkan dari aktiviti buat duit, tak ada masalah. Nanti korang dipersilakan
untuk jadi afiiliate produk ni nanti. Tunggu…!
Oklah, Ianya pasal komputer dan tajuk dalam bahasa melayunya adalah:
“Rahsia Windows Command Prompt Dibongkar”
Sebenarnya, tajuk dia ni gabungan dari bahasa inggeris gak, sebab
tak ada perkataan yg sesuai kalau dalam bahasa melayu penuh.
Ok straight to the point, yg penting ebook ni adalah untuk semua:
dari beginner ke advance computer users. Untuk korang yg rasa sebelum ni
Windows Command Prompt tak ada banyak gunanya, lepas baca ebook ni pasti korang
baru tahu bahawa Windows Command Prompt ni banyak gunanya. Korang boleh bagi sapa2
je baca ebook nih. Ibu bapa korang, adik, abang, kakak, sedara, nenek, datuk, dan sape2 jelah.
Lagi ramai lagi bagus sebab nanti makin ramailah orang Malaysia yg terer komputer nih.
Sebenarnya Windows Command Prompt ni adalah satu tool kecil yg ‘berbahaya’
jika ianya diberi kepada seorang hacker. Seorang hacker akan dapat berbuat
apa sahaja untuk mengawal sistem Windows jika diberi akses ke Windows Command Prompt
ini.
Oklah, cukup cerita pasal tu. Yang penting nanti korang kena support kita pasal
ni adalah ebook yang pertama oleh orang Malaysia dan ianya dalam bahasa melayu.
Tapi akan di alihbahasa juga dalam bahasa inggeris. Jadi, sapa2 yg suka bahasa inggeris bolehla dapatkan versi bahasa inggeris nanti.
ok! jumpa lg & PEACE!!!




